Selebriti terkenal, Bunga Citra Lestari yang baru-baru ini berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadahnya bersama suami, Tiko Aryawardhana, anak tunggalnya, Noah, serta ibunya.
Terkini, penyanyi dari Indonesia itu memaklumkan bahawa umrah yang dilakukan bersama-sama suami dan anaknya itu bukanlah ibadah untuk diri sendiri tetapi untuk Allahyarham Ashraf Sinclair.
Alhamdulillah, malam ini (kelmarin) menjalankan ibadah umrah untuk Ashraf. Insya-Allah diterima oleh Allah S.W.T.
Malah, perkara itu dikongsikan oleh BCL menerusi satu hantaran di Instagramnya untuk tatapan peminat di media sosial.
Dalam pada itu, penyanyi jelita itu turut meluahkan rasa syukur kerana diberikan peluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bersama keluarga.
Meskipun, BCL dan suaminya, Tiko pernah terpalit dengan kontroversi selepas mereka berkahwin tetapi pasangan ini tetap tenang menjalani ibadah mereka.