Agak banyak juga larangan yang dikeluarkan kerajaan negeri China terhadap industri hiburan mereka. Sebelum ini mereka melarang syarikat pemasaran untuk mengambil lelaki lembut untuk dijadikan bahan tontonan hiburan. Sekarang, selebriti dan influence media sosial negara itu turut dilarang melakukan beberapa perkara.
Berdasarkan sumber, kerajaan China mengharamkam mereka untuk menunjukkan kekayaan dan kehidupan bersuka-ria kepada orang awam melalui media sosial. Ini bagi memastikan rakyat negara itu tidak terpengaruh dan boleh mengundang kepada masalah sosial.
Bada Pentadbiran Ruang Siber China turut melarang golongan itu untuk menyebarkan berita palsu atau masalah peribadi kepada umum. Mereka juga dilarang menubuhkan sebarang pengumpulan dana haram yang akhirnya memerangkap peminat untuk turut serta.
Banyak lagi yang akan dilarang oleh kerajaan China bagi memastikan industri hiburan mereka lebih sederhana dan tidak keterlaluan seperti negara lain.