Pelakon, Adrea Abdullah meluahkan isi hati mengkritik tindakan segelintir pengurusan sekolah membuat majlis graduasi untuk pelajar di hotel bertaraf lima bintang.
BACA: ‘Influencer’ Anggap Sekolah Dan SPM Benda Kosong, Tiada Nilai Langsung!
Kata Adrea, bagi ibu bapa yang tak mampu, RM150 dan ke atas merupakan satu beban. Walaupun tak wajib, ada ibu bapa merasakan ianya satu tekanan kerana mahu anak-anak melalui pengalaman seperti kawan-kawan lain.
Trend graduasi mewah, patut ke tak?
Pelakon ini menyelar trend ‘mewah’ ini yang menurutnya guru besar hanya nak glamour dan bermegah-megah di media sosial.
Ibu bapa tertekan
Dalam hantaran terbaru, Nik Adrea Nik Abdullah berkata, ada netizen menuduh dia sengaja mereka-reka cerita untuk memburukkan para guru.
Tetapi katanya, isu ini pernah terjadi kepada adiknya sendiri dan topik pernah dibincangkan bersama rakan-rakan yang lain.
Korang setuju ke tak dengan trend graduasi mewah ni?
Kredit: TikTok @adreaabdul
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.