Pelakon Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian pengguna media sosial apabila dilihat menghantar anaknya Jebat Jayden dan keluarga Noor Nabila ke lapangan terbang.
Menerusi beberapa perkongsian yang tular, Sharnaaz dan Jebat dilihat berpegangan tangan sebelum anaknya itu berlepas mengerjakan umrah bersama ahli keluarga yang lain.
Sharnaaz Ahmad hantar Jebat Jayden ke lapangan terbang
Rata-rata daripada netizen memuji sikap penyayang pelakon ini yang sentiasa ada bersama Jebat Jayden tanpa mengira situasi. Hubungannya dan bekas isteri juga baik tanpa sebarang perbalahan selepas berpisah.
Di Instagram, pelakon kelahiran Pulau Pinang ini meluahkan rasa rindu kepada anaknya Jebat Jayden Ahmad. Dia juga sempat berterima kasih dan berharap bekas isteri semakin bertambah rezeki kerana membawa anak mereka ke tanah suci.