Oh! Artis

“Ikan Paus Lalu” – Netizen Terkejut Nampak Hidupan Laut Di Pentas ABPBH34

Published on

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH34) telah pun melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan Janna Nick dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.

BACA: Tampil ‘Unik’ Di ABPBH34, Busana Aina Abdul Curi Tumpuan

Selain fesyen unik Aina Abdul, persembahan lagu ‘Salam Terakhir’ oleh Syamel turut mengundang pelbagai reaksi daripada penonton.

Penonton mempertikaikan visual grafik yang memaparkan Syamel seolah-olah berada di dalam akuarium apabila muncul ikan paus besar berwarna hitam, terumbu karang dan ketam secara tiba-tiba.

Walaupun Syamel menyampaikan lagu dengan baik, netizen meluahkan rasa terganggu lihat visual grafik yang dikatakan tidak bersesuaian.

Turut mendapat perhatian adalah visual grafik latar belakang persembahan lagu oleh Fauziah Latif dan Wanie Kayrie yang dikatakan terlalu ‘kanak-kanak’.

Kredit: tv3malaysia | Instagram Anaszahrin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Exit mobile version