Sebentar tadi pelakon, Diana Danielle telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi kes hadanah dan penampilannya telah mengundang perhatian netizen. Dah kenapa tu?
Menerusi satu video yang dimuat naik sebuah portal hiburan, ramai yang perasan ‘sesuatu’ pada hidung Diana yang kelihatan agak mancung berbanding sebelum ini. Biar betul?
Kalau korang tengok ruangan komen, ada juga yang berpendapat bahawa pengubahsuaian bentuk hidung Diana seiring dengan kehidupan barunya selepas bercerai dengan Farid Kamil baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, tidak pasti sama ada betul Diana ubah bentuk hidungnya ataupun memang ‘angle’ dari kamera yang menampakkan hidungnya lebih mancung. Apa pandangan korang?