Pemilik nama sebenar Mohammad Zalimei bin Ishak berkata, dia pernah tercalon dalam anugerah FFM sebanyak tiga kali namun rezeki tidak berpihak padanya.
Perjalanan tidak mudah, ini merupakan pencalonan keempat dan akhirnya dia membawa pulang trofi anugerah berprestij itu.
Menerusi hantaran di Instagram, dia berkata, bapanya pernah bertanyakan mengenai trofi itu namun apabila dia memenanginya hari ini bapanya sudah tiada.
Pelakon ini turut mendedahkan dia bekerja keras untuk menjayakan watak dalam filem Sangkar.
Selain jari kaki patah, mental dan fizikalnya turut terseksa kerana perlu menaikkan berat badan dalam tempoh sebulan sahaja.
Nampaknya, segala kerja keras pelakon kacak ini akhirnya terbayar jua. Tahniah diucapkan buat semua pemenang.