Menerusi satu video ulasan, Caprice berkata, seorang lelaki sejati tak akan naik tangan kepada perempuan. Jika dia dah naik tangan, itu bermakna dia seorang yang lembik dan pengecut.
“Hang tak ada telur” – Caprice
Kalau hang berani pukul perempuan sebenarnya hang bukan jantan. Hang tak ada telur. Hang lelaki yang paling lembik sebab apa? Sebab hang berani pukul perempuan. Dia sama ibarat macam hang pukul mak. Hang okay ke kalau orang pukul hang punya mak?
Kata Caprice lagi, jika seseorang ada masalah baran, dia dinasihatkan untuk keluar rumah jika beristighfar tak jalan.
Tanpa memetik sebarang nama, Caprice mencadangkan untuk cari samseng di tepi jalan dan ajak bertumbuk untuk melepaskan amarah dalam diri.
Jelasnya lagi, penderaan domestik adalah sesuatu yang serius. Ada ramai dalam kalangan wanita enggan melaporkan kejadian kerana mahu menyimpan aib rumah tangga.