Oh! Artis

Hampir Setahun ‘Menyepi’, Ahli Keluarga Bongkar Azar Azmi Dah Kahwin Dan Ada Anak?

Published on

Pelakon, Azar Azmi sudah hampir setahun tidak memuat naik sebarang hantaran di media sosial dan didakwa telah menghilangkan diri dari industri hiburan buatkan ramai tertanya-tanya.

Terbaru! Menurut laporan Oh! Bulan, ada seorang individu yang mengaku dirinya ahli keluarga kepada Azar Azmi mendakwa yang pelakon itu sudah pun mendirikan rumah tangga.

Bukan tu jer, individu itu juga berkata yang Azar sudah mempunyai cahaya mata hasil perkahwinan bersama pilihan hatinya itu.

Dia dah kahwin dan dah ada anak. Saya salah seorang ahli keluarganya.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada perkara ini benar ataupun tidak.

Pihak media juga cuba menghubungi individu yang mendakwa dirinya merupakan keluarga kepada Azar Azmi itu bagi mendapastian kepastian, tapi dia tidak membalasnya.

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version