Oh! Artis

Hafidz Roshdi Bergaya Dengan Cermin Mata Hitam Tiba Di Mahkamah Pagi Tadi

Published on

Rasanya ramai yang dah tahu bahawa hari ini merupakan hari dimana pelakon Hafidz Roshdi didakwa di Mahmakah selepas dipercayai menunbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri baru-baru ini.

Menurut laporan Berita Harian, pelakon itu tiba diperkarangan mahkamah lebih kurang pukul 8.30 pagi tadi yang diiringi peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Hafidz hari ini bakal didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya dan dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini kami ada melaporkan Shuhada buat pendedahan yang dia telah ditumbuk pelakon lelaki itu sebanyak 3 kali di pipinya sehingga meninggalkan kesan yang teruk.

BACA : Hafidz Roshdi Tumbuk Shuhada 3 Kali Di Muka Sampai Rabak, Dua Ahli Keluarga Jadi Saksi

Bukan tu jer, bekas isteri kepada pelakon itu juga mendakwa yang  Hafidz Roshdi berubah sikap kerana bersubahat dengan adik ipar.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version