Sebut sahaja nama Kak KM, pasti ramai yang mengenali usahawan terkenal dan berjaya itu seringkali menjadi buah mulut warganet di media sosial kerana beberapa video yang dimuat naiknya dilihat seperti kurang sesuai untuk dipertontonkan di khalayak ramai.
Kak KM yang juga merupakan anak kepada pelakon, Normah Damanhuri juga sering berkongsi videonya menghadiahkan ibunya dengan pelbagai jenis hadiah sebelum ini sebagai tanda dia menghargai dan menyayangi dramatis itu.
Ibu tak cukup duit simpanan nak beli kereta, Kak KM terus hulur buku cek
Terbaru, menerusi akaun TikToknya, usahawan berkenaan memuat naik video dia membawa ibunya ke sebuah pusat ‘show room’ kereta.
Menerusi video tersebut, ibunya, Normah Damanhuri menyatakan hasrat ingin membeli sebuah kereta di pusat ‘show room’ kereta itu namun, duit simpanannya tidak mencukupi.
Kak KM yang mendengar kata-kata ibunya itu terus mengeluarkan buku cek dan menyatakan hasrat dan niatnya ingin membelikan pelakon itu sebuah kereta secara tunai.
Dapat dilihat, Normah kemudiannya menangis dan bangun dari tempat duduknya seakan tidak percaya dengan tawaran anaknya itu.
Anak yang baik
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat situasi itu memuji tindakan Kak KM yang menghadiahkan ibunya sebuah kereta.
Kebaikan yang dibuat Kak KM ini wajar dipuji dan dicontohi setiap insan bergelar anak. Tak kiralah banyak atau sikit pun duit yang kita ada, hargailah ibu kita selagi masih ada.