Oh! Artis

“Gunakan Akal…” – Suami Baru Perli Bekas Suami Fatin Afeefa?

Published on

Pada pagi Khamis hari ini, pelakon Adam Shahz dan bekas isteri, Fatin Afeefa dilihat hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi perbicaraan menuntut hak penjagaan anak perempuan, Ivy Herra Sophia.

BACA: “Bersedia Untuk Berperang” – Fatin Afeefa Bersemuka Dengan Adam Shahz Di Mahkamah Isu Tuntutan Penjagaan Anak

Fatin Afeefa turut ditemani oleh suami barunya iaitu Aliff Awang dan juga pengawal peribadi semasa menghadiri perbicaraan tersebut.

Bagaimanapun, perkongsian video di TiktoK daripada Aliff yang mesra dipanggil Opai sering menarik perhatian netizen. Terbaru, dia memaparkan ayat pendek yang di letakkan di perkarangan mahkamah terbabit yang kemudiannya menghalakan kamera ke atah Adam Shaz yang sedang duduk.

Tidak cukup dengan itu, Aliff turut berkata dia faham dengan ayat terbabit seakan-akan memerli seseorang.

TikTok Story yang dikongsikan Aliff bagaimanapun sudah dipadam dan tidak dikongsikan lagi selepas mendapat kecaman.

Sekadar info, Fatin Afifah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Adam Shahz sekitar tahun 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version