Oh! Artis

Gambar Siti Elizad Jalani Rawatan Islam Tersebar, Ramai Doakan Agar DipermudahkanNya Dapat Cahaya Mata

Published on

Ramai yang mendoakan pelakon, Siti Elizad selepas gambar dirinya mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin di Ayer Molek, Melaka tersebar.

Gambar itu dikongsikan pengasas perubatan terbabit di TikTok yang mengatakan Elizad memang sering datang ke situ untuk mendapatkan rawatan setiap kali kesihatan terganggu.

Alhamdulillah, selesai rawatan hari ini. Pesakit terakhir hari ini Siti Elizad. Elizad memang selalu datang ke sini bila kesihatan beliau terganggu.

Moga Ijat dan semua pesakit cepat sembuh, sihat seperti sediakala dan dipermudahkan Allah dikurniakan cahaya mata. Amin.

Rata-rata netizen di ruangan komen turut mendoakan agar Elizad diberikan rezeki cahaya mata. Kita doakan yang terbaik buatnya dan kuat untuk terus berusaha.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version