Adik kepada Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat yang kini berambut pendek telah menjadi perhatian ramai. Dah kenapa kalau rambut pendek?
Ada segelintir netizen yang beranggapan bahawa imej terbaru Fyna itu disebabkan kecewa dengan perkahwinan bersama Datuk Zainal Abidin Hassan yang tak bertahan lama. Biar betul?
Terbaru! Menurut satu video temu bual dari Xtra, Fyna sekali lagi menjadi perhatian apabila dia dilihat memakai rantai emas dan loket huruf ‘Z’.
Perkara itu buatkan netizen berandaian dan menganggap bahawa Fyna Jebat masih belum ‘move on’ dengan apa yang berlaku.
Sehingga kini, tiada respon diberikan daripada pihak Fyna tentang dakwaan tersebut namun sebelum ini dia mengaku masih bersahabat dengan bekas suami.
Bagaimanapun, jika diperhatikan Fyna sebenarnya dilihat sudah lama memakai rantai tersebut ketika sebelum dia berpisah dan menukar imej berambut pendek.