Menurut beliau, sebagai penganjur mereka seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengangkat industri seni ke tahap yang lebih tinggi.
Tak tengok masa rehearsal?
Pelantun lagu “Rendang Tak Berbuah” ini turut mempersoalkan motif penganjur memanggil peserta itu, adakah ianya semata-mata untuk menaikkan rating rancangan sahaja.
Takkan producer tak tengok masa rehearsal? You know peserta tak boleh nyanyi. Kenapa you panggil juga? Tujuan apa you nak buat? Nak rating?
Jelas Dato’ Hattan lagi, perkara ini sangat memalukan kerana program ini turut disertai peserta dari Indonesia.
Pasal ada sejuta dua juta pengikut you entitled walau persembahan macam itu punya standard, punya sampah.
Nyanyi-nyanyi juga, maruah penting.
Beliau turut menggesa produksi supaya berfikir berpuluh kali sebelum membuat sebarang keputusan. Iyalah, juri pun bukan biasa-biasa, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza lagi tu.