
Oh! Artis
Fattah Amin Terima Amaran Lepas Umum Pernikahan
Majlis kahwin Fattah Amin dan Amira Othman jadi bualan hangat, ada yang bagi amaran.
Sejak semalam, media sosial memang penuh dengan cerita pernikahan pelakon popular Fattah Amin dengan penyanyi manis, Amira Othman.
Berita gembira ni mula tersebar di Instagram dan Threads, dan secara tak langsung terus menjawab teka-teki yang bermain di fikiran ramai sebelum ni.
Tapi macam biasalah, bila cerita artis besar keluar, bukan semua orang setuju. Ada yang happy, ada yang terkejut, ada juga yang tak puas hati.
Ada individual bagi amaran dekat Fattah Amin…

Dalam tengah orang sibuk ucap tahniah, muncul seorang individu yang tinggalkan pesanan penuh emosi buat Fattah. Katanya dia tak kisah pun apa saja keputusan Fattah, cuma jangan sampai anak perempuan Fattah, Fatima Aisya, jadi mangsa.
Whatever la Fattah, kau kahwin baru sekalipun, jangan luka kan hati Fatima tu je. Kau besarkan dia baik baik, jangan buat Fatima sedih.
Aku benci jantan gini, happy menggelenyar dengan orang baru, tanggungjawab kat anak terus lupa.- Katanya.
Ayat tu memang terus buat ramai tertarik, sebab jelas menunjukkan betapa besar perhatian netizen pada kebajikan anak Fattah walaupun kisah cinta barunya tengah heboh.
Perkahwinan kedua jadi tanda tanya…

Nama Fattah dan Amira terus trending sejak semalam. Ramai yang mula banding-bandingkan kehidupan peribadi aktor itu, terutama bila dia boleh move on dengan cepat dan bakal berkahwin lagi hanya selepas setahun berpisah.
Tapi dalam masa sama, ada juga peminat yang happy gila dengan berita ni. Diorang siap tak sabar nak tunggu majlis bahagia Fattah dan Amira yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini.

Pssttt! Korang, bila cerita macam ni viral, kita nampak betapa cepatnya netizen nak bagi pandangan masing-masing. Apa pun, kehidupan orang lain bukan tanggungjawab kita untuk hakimi sepenuhnya. Yang penting, setiap keputusan mesti datang dengan tanggungjawab, terutama bila dah ada anak. Ohmedia harap Fattah dan Amira bahagia, dan Fatima tetap dapat kasih sayang yang cukup.
Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
