Rata-rata meluahkan rasa bimbang dan menasihati pelakon itu agar tidak mengamalkan bergurau dengan cara melambung anak.
Menurut mereka, ada risiko menanti anak jika dilambung terlalu tinggi dan kuat. Tambah netizen, selain risiko terjatuh, anak-anak juga terdedah kepada gegaran di bahagian otaknya.
Meninjau ke Facebook, Dr Aishah Alsagoff pernah berkongsi maklumat mengenai tindakan lambung anak.
Jelasnya, ada tiga risiko bahaya kepada anak iaitu gegaran otak (concussion), pendarahan otak (ICB) dan DAI (diffuse axonal injury). Kebiasaan masalah ini berlaku pada anak kecil bawah umur 2 tahun.