Ketika ditemui di mahkamah untuk prosiding kes hadanah dua anaknya, pelakon dan pengarah Farid Kamil memaklumkan dia akan ditemukan dengan Nur Aurora, 8, tidak lama lagi.
BACA : “Saya Harap Keadilan Dapat Ditegakkan” – Farid Kamil Dan Diana Danielle Hadir Sebutan Hadanah Di Mahkamah
Menurut laporan mStar, dia turut berkata stu-satunya cara untuk dia dapat berjumpa dengan Diana adalah ketika hadir ke mahkamah memandangkan nombornya telah disekat.
Saya telefon Diana, saya telefon anak-anak, semuanya ‘di-block‘ (disekat). Panggilan telefon tidak diangkat dan WhatsApp tidak berbalas.
Disebabkan itu, dia langsung tidak dapat menghubungi dan bercakap dengan anak-anaknya.
Bukan itu sahaja, Farid juga berkata dia hanya dapat menghabiskan masa selama 6 jam bersama anak sulungnya baru-baru ini.
Alhamdulillah, Muhammad juga ceria. Saya dapat jumpa dia selama enam jam. Itu adalah proses apa yang ditetapkan oleh peguam sebelah sana.
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.