Connect with us

Oh! Media

Dikritik Suka Pegang Perut Waktu Hamil, Ini Respon Pedas Elisya Sandha

Ohmedia elisya Sandha

Oh! Artis

Dikritik Suka Pegang Perut Waktu Hamil, Ini Respon Pedas Elisya Sandha

Pelakon cantik Elisya Sandha baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi momen sedang hamil anak kedua.

Namun di sebalik kegembiraan itu, ada juga suara sumbang yang mempertikaikan tindakannya sering memegang perut.

“Suka hati kita lah wak, perut kita bukan perut awak”

Dalam satu perkongsian di InstaStory, Elisya dengan nada bersahaja tetapi cukup ‘tajam’ membalas komen negatif tersebut.

IKLAN
Elisya Sandha

Katanya, tiada siapa yang berhak mempertikaikan tindakan ibu mengandung memegang perut sendiri.

Tambah Elisya, dia sendiri sudah penat nak menjelaskan perkara semudah itu kepada sesetengah pihak yang suka menghakimi tanpa berfikir panjang.

Elisya sedang hamil anak kedua

Elisya Sadha

Terdahulu, Elisya yang merupakan menantu kepada penerbit terkenal Sheila Rusly mengumumkan bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua.

Menerusi majlis ‘gender reveal’ yang diadakan di sebuah hotel di Genting Higlands baru-baru ini, Elisya mengesahkan bayi dalam kandungannya adalah lelaki.

Pssttt! Setiap ibu ada cara tersendiri meraikan kehamilan mereka. Jadi daripada mempertikaikan, lebih baik kita doakan yang baik-baik untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

Kredit: Instagram Elisya Sandha
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas