Oh! Artis

“Duit Dia Untuk Aku Sorang Je” – Zarina Anjoulie ‘Sound’ Perempuan Menggatal Dengan Papa

Published on

Teka-teki hubungan cinta Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya, Datuk Khazrul Elzey akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengakui mereka sudah kembali bersama.

BACA: Bekas Tunang Kongsi Video Mesra Bersama Zarina Anjoulie, Dah ‘Get Back’ Ke?

Menurut Zarina atau lebih mesra disapa Anju, buat masa ini dia menyerahkan urusan jodoh kepada Allah SWT. Dia juga menjawab dakwaan ‘get back’ dengan Datuk Khazrul kerana duit.

Terbaru, ibu tunggal kepada seorang anak ini memberi amaran kepada perempuan di luar sana supaya berhenti mengganggu teman lelakinya.

Anju meminta para wanita supaya sedar diri dan berhenti berangan memegang gelaran Datin kerana Datuk hanya miliknya seorang.

Pelakon ini juga memberi gambaran ‘drama’ akan bermula dan dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti wanita yang mengganggu hubungan mereka.

Kredit: Instagram Zarina Anjoulie

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version