Connect with us

Oh! Media

Doktor Tegur Resepi Air Manis Khairul Aming Bahaya Untuk Kesihatan

Ohmedia khairul aming che sayang dr rafidah

Oh! Artis

Doktor Tegur Resepi Air Manis Khairul Aming Bahaya Untuk Kesihatan

Mesti ramai yang sudah mula ternanti-nanti perkongsian resepi Khairul Aming sepanjang bulan puasa ni. Macam semalam, Khairul berkongsi video resepi minuman manis yang menarik perhatian ramai untuk dicuba waktu berbuka puasa.

Namun, tindakan itu mendapat teguran daripada Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi, Dr. Rafidah Abdullah.

Dr. Rafidah menegaskan bahawa beliau hanya minum air kosong ketika berbuka kerana ia bukan sahaja menghilangkan dahaga malah dapat mengurangkan risiko penyakit kronik.

IKLAN

Hati-hati. Kandungan gula tinggi. Risiko kencing manis dan obesiti.- Katanya.

Image

Che Sayang Kitchen pun kena tegur woo…

Bukan hanya Khairul Aming, malah pencipta konten makanan, Che Sayang Kitchen yang turut menghasilkan video menu manis juga tidak terlepas daripada teguran Dr. Rafidah.

Teguran itu dilihat sebagai usaha untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya pengambilan gula berlebihan.

Image

Nak kongsi resepi pun salah? Netizen pertahankan Khairul Aming Dan Che Sayang…

Namun, disebalik teguran baik Dr. Rafidah tu, netizen mula berdebat dan pertahankan selebriti kesayangan mereka. Ada yang bersetuju dengan teguran Dr. Rafidah atas alasan kesihatan, namun tak kurang juga yang berpendapat teguran itu seolah-olah ‘memusnahkan’ kegembiraan pempengaruh berkongsi resepi.

#ApaKataOhmedia

Teguran Dr. Rafidah ni memang ada betulnya, lebih-lebih lagi bab kesihatan. Tapi, dalam masa yang sama, pempengaruh pun hanya nak kongsi resepi untuk hiburkan followers.

Mungkin lepas ni boleh seimbangkan antara masakan dan minuman manis-manis dan makanan yang lebih sihat supaya semua puas hati.

Ohmedia khairul aming che sayang dr rafidah

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Aplikasi X


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas