Oh! Artis

“Diperli Dalam Bilik Meeting” – Ibu Shuib Dedah Perangai Sebenar ‘Sahabat’, Punca Keluar SRL

Published on

Baru-baru ini, Jep telah tampil memberi penjelasan untuk menghentikan ‘sinetron’ yang berlaku dalam kumpulan Sepahtu.

Jep dalam satu hantaran di Instagram, menceritakan mengapa Shuib tak muncul dalam rancangan Sepahtu Live Reunion (SRL).

BACA: “Hati Pun Telah Tawar” – Jep Sepahtu Luah Apa Yang Berlaku Sebenarnya Dengan Shuib Ubi

Terbaru, ibu Shuib iaitu Salamiah Jalani tampil mendedahkan punca mengapa anaknya itu jauh hati. Sebagai ibu, dia tergerak hati nak mempertahankan anak dan menyokong keputusan tak menyertai SRL ketika itu.

Ibu Shuib tampil pertahankan anak, kongsi cerita pihaknya

Katanya. keputusan itu lebih baik daripada anaknya terus ditindas dan diperlakukan macam orang tak bermaruah.

Ibu Shuib juga mempersoalkan dimanakah ‘sahabat’ di saat rakan seperjuangan dikenakan tindakan. Dakwanya, sahabat itu sebaliknya memaki dan menghina Shuib di hadapan orang ramai.

Malah, ketika Shuib disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), dia dikatakan dilayan seperti sudah bersalah oleh ‘sahabatnya’ itu.

Jelasnya lagi, jawapan Shuib sentiasa berubah ketika ditanya wartawan kerana masih mahu menjaga aib seseorang. Dia memberi alasan pergi kerana syarikat TV tapi sebenarnya itu bukan punca utama.

Kredit: Instagram Salamiah Jalani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version