Oh! Artis

Dikritik Rentas Negeri, Risteena Dedah Ke Sabah Dengan Isa Khan Atas Urusan Kerja

Published on

Baru-baru ini, pasangan selebriti Nur Risteena dan Isa Khan telah pun terpalit dengan kontroversi apabila ramai netizen mempersoalkan mengapa mereka boleh merentas negeri ke Sabah.

BACA: “Nak Tips Rentas Negeri” – Netizen Kritik Isa Khan Dan Risteena Berbulan Madu Di Sabah

Hanya berkongsi gambar percutian bersama, kebanyakan netizen membuat andaian bahawa mereka ke sana untuk berbulan madu memandangkan sudah genap seminggu pasangan itu bergelar suami isteri yang sah.

Mungkin tidak betah diasak dengan dakwaan yang tidak benar, Risteena telah menjelaskan perkara yang sebenar menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

Menurutnya, dia dan suaminya ke Sabah atas urusan kerja dan sudah pun mendapatkan kebenaran polis. Bahkan, Risteena menjelaskan bahawa dia tidak perlu untuk berkongsi semuanya di media sosial untuk memuaskan hati semua orang.

Atas urusan kerja rupanya..

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version