Oh! Artis

Didakwa Jadi Punca Shukri Yahya Kemalangan Di Litar, Netizen Tuntut Ezzrin Loy Mohon Maaf

Published on

Netizen menuntut adik lelaki kepada Elfira Loy iaitu Ezzrin Loy permohonan maaf secara terbuka selepas didakwa menjadi punca pelakon, Shukri Yahya kemalangan dalam Festival Toyota Gazoo Racing (TGR), semalam.

@busrahamani Hopefully xde ap2. May allah ease everything abg shuk, kak @Tya Adnan & family💪🏻. Aminn allahuma'amin🤲🏻🤲🏻🤲🏻. #tgrmotorsport #race #edarabiahyahaya #shukriyahaya #tgrmalaysia #toyotagazooracing #toyotagazooracingmalaysia #f1 ♬ original sound – Busni

Menerusi video tular di TikTok, jentera yang dipandu Shukri Yahya hilang kawalan selepas berlanggar dengan kereta yang dipercayai dipandu Ezzrin Loy. Netizen mengkritik cara pemanduan Ezzrin yang dikatakan ‘overtake’ daripada tepi.

Lebih menyedihkan apabila anak perempuan Shukri yang menonton perlumbaan itu menangis sebaik sahaja ayahnya kemalangan.

Menerusi perkembangan yang dikongsi isteri, Shuk didapati hanya mengalami kecederaan kecil di leher dan meminta orang ramai tak perlu risau.

Di media sosial, adik beradik dan peminat Shukri tak putus-putus memberikan kata-kata semangat buatnya. Buat masa ini jentera #lucky24 yang dipandu Shukri perlu direhatkan buat seketika.

Untuk pengetahuan, Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) sudah memasuki musim ke-6 tahun ini. Perlumbaan Vios Challenge menampilkan selebriti kesayangan Malaysia beraksi dalam kumpulan Promotional Class.

Kredit: Instagram Ezzrin Loy | Tya Adnan | TikTok @busrahamani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version