Oh! Artis

“Dia Lebih Fikirkan Pesakit Daripada Kontroversi” – Sophia Al-Barakbah Tayang Kekasih Hati

Published on

Pelakon Sophia Al-Barakbah sebelum ini teruk dikecam gara-gara kontroversi cuba memikat pelakon, Aliff Aziz. Perkara itu didedahkan penyanyi, Bella Astillah dan Sophia ketika itu mengambil keputusan untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu keruhkan keadaan.

Terbaru, Sophia dikatakan bahagia bersama teman lelakinya yang juga merupakan seorang doktor.

BACA: Hati Kini Milik ‘Mr Doctor’, Sophia Albarakbah Minta Jangan Ungkit Kisah Lama

Perkara itu disahkan Sophia sendiri selepas hadir ke majlis pelancaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 di Stesen Keretapi KL bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Mr Doctor.

Sophia juga berkata teman lelakinya itu terbuka jika perlu menemaninya ke mana-mana acara hiburan. Teman lelakinya juga tidak kisah tentang kontroversi yang melibatkan dirinya sebelum ini.

Dia okay dan cool je. Sepanjang kontroversi yang berlaku ni, dia sentiasa cool je. Dia lebih memikirkan tentang pesakit dia daripada perkara lain.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version