Terbaru, pengacara terkenal, Dato AC Mizal dan isteri, Datin Emylia Rosnaida memuat naik satu video di Instagram berkongsi detik mereka membuat kejutan buat anak mereka, Muhammad Reeve Damien.
Menerusi video berkenaan, Damien dihadiahkan sebuah kereta mewah jenis Mercedez Benz sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 18 tahun.
Seakan tidak percaya, Damien dan adiknya dilihat seperti membelek-belek kereta mewah yang lengkap dihias dengan reben itu.
Dapat juga dilihat di akhir video, Datin Emylia berpesan kepada Damien untuk sentiasa belajar bersungguh-sungguh selepas mendapat hadiah berkenaan.
Ucapan tahniah dari netizen dan rakan artis
Perkongsian Dato AC Mizal itu turut mendapat respon dari rakan artis lain yang mengucapkan tahniah atas hadiah yang diterima pemuda berkenaan disamping berharap agar Damien terus berbakti pada kedua ibu bapanya itu.