Aina Abdul, seorang penyanyi yang sering menampilkan fesyen unik sekali lagi telah mencuri perhatian netizen dengan menampilkan busana bertemakan taman bunga di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-36.
Pada AJL kali ini, Aina telah berganding dengan Khai Bahar menyanyikan lagu Nafas Cinta. Ramai yang terpukau dengan kehebatan vokal kedua-dua penyanyi ini!
Aina Abdul yang dikenali dengan keyakinannya menampilkan fashion yang unik telah menarik perhatian netizen dan rata-rata memuji busana yang digayakan itu.
Sebelum ini, Aina telah menggayakan busana unik di Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH34) dengan busana serba hitam bersama bunga sekuntum di bahagian mukanya. Masa ABPBH 34 pun dah jadi bualan netizen tau!
Ramai netizen mengatakan busana yang ditampilkan oleh Aina Abdul kelihatan seperti ‘taman bunga’ dan memuji akan keyakinannya yang berani mencuba sesuatu yang baru dan unik. Salute la Aina! Agaknya lepasni apa pula yang Aina nak gayakan, kan?
Really salute her confidence level 👏🏻👏🏻Mana nak dapat confidence macam Aina? I need her confidence during presentation..😖#AJL36pic.twitter.com/Kcz5hjamqy