Oh! Artis

“Dari BCLSinclair Ke Itsmebcl” – Bakal Nikah Esok, Netizen Sempat Sindir Isu Lot Kubur

Published on

Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dengarnya akan disatukan dengan kekasih hati, Tiko Aryawardhana pada 2 Disember ini.

Berdasarkan laporan Kompas, pasangan ini akan berkahwin di sebuah hotel terkemuka di Bali. Tetapi berita baik ini nampaknya menerima respon kurang senang daripada peminat.

Mereka menyindir lot kubur yang ditempah BCL bersebelahan dengan kubur arwah suaminya, Ashraf Sinclair.

Terbaru, netizen meluahkan rasa sedih apabila selebriti ini menukar username Instagram daripada @bclsinclair kepada @itsmebcl.

Netizen menyedari username Instagram yang mempunyai lebih 20 juta pengikut itu ditukar pada Jumaat. Ini menguatkan lagi desas desus BCL sudah move on dan menemui pengganti baru.

Terdahulu, tular di media sosial dokumen pernikahan bersama Tiko yang sudah dilengkapkan BCL. Difahamkan, Tiko merupakan duda kepada tiga orang anak dan bertugas di sebuah institusi kewangan.

BACA: ‘Menangis Arwah Ashraf Bila Tengok’ – Netizen Tegur BCL Tayang Foto Seksi

Kredit: mStar | Instagram BCL

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version