Connect with us

Oh! Media

Da’i Syed Luah Tiada Tawaran Kerja, Kini Fokus Berniaga Dengan Isteri

Ohmedia hana ismail dai syed ohmedia 630x354 1

Oh! Artis

Da’i Syed Luah Tiada Tawaran Kerja, Kini Fokus Berniaga Dengan Isteri

Pendakwah selebriti, Da’i Syed, mengakui bahawa beliau tidak lagi menerima sebarang tawaran kerja sejak terpalit dengan kontroversi dan tuduhan rogol.

Walau bagaimanapun, Syed yang berusia 29 tahun menyatakan bahawa dia redha dengan ketentuan ini dan yakin akan rezeki yang ditetapkan Allah.

Setakat ini saya memang sudah tiada sebarang tawaran kerja tapi Insya-Allah kalau Allah takdirkan ada rezeki, adalah.- Kata Syed.

Da’i Syed fokus berniaga bersama isteri

Syed bersama isterinya, Hana Ismail, merancang untuk kembali aktif dalam perniagaan atas talian dengan menjual gelang perhiasan wanita dari Mesir.

IKLAN

Kami dalam perancangan memulakan semula bisnes menjual gelang perhiasan wanita dari Mesir. Insya-Allah saya akan mulakan siaran langsung di TikTok dan untuk semua, bolehlah sokong dan beli barangan kami.- Katenya.

Da’i Syed akui baca banyak komen nefatif

Syed turut berkongsi bahawa walaupun dia membaca komen-komen netizen, dia tidak menyimpan komen negatif dalam hati dan hanya sekadar melihat sahaja.

Sebagai manusia saya pun ada rasa sedih, tapi saya tidak simpan dalam hati.- Jelasnya.

Terdahulu, Da’i Syed dirakam hadir ke mahkamah untuk menguruskan pemfailan petisyen rayuan berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dijatuhkan pada Ogos lalu. Kes tersebut akan disambung semula pada 10 Disember ini.

Ohmedia hana ismail dai syed ohmedia 630x354 1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: HibGlam


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas