Connect with us

Oh! Media

Dafi Rindu Nak Kembali Menyanyi Selepas 4 Tahun Sepi

Ohmedia dafi

Oh! Artis

Dafi Rindu Nak Kembali Menyanyi Selepas 4 Tahun Sepi

Bagi seorang penyanyi, tempoh berehat selama empat tahun itu merupakan jangka masa yang lama dan mempunyai risikonya yang tersendiri. Macam itu jugalah dengan Dafi AF.

BACA: Meskipun Berstatus Anak Menteri, Ia Tidak Beri Apa-Apa Kelebihan, Ujar Dafi

Menurut penyanyi dan pelakon Dafi Ismail Sabri, tempoh beliau ‘berehat’ selama empat tahun itu membuahkan rasa rindunya untuk beraksi di arena muzik tanah air.

IKLAN

Sudah lama juga saya tak aktif dalam muzik. Single terakhir saya adalah Girl yang dilancarkan empat tahun lalu. Jadi, bila agak lama tak aktif, itu sedikit sebanyak membuatkan rasa bahawa saya perlu lakukan persediaan sewajarnya.

Pelakon filem Ada Hantu turut berkata, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, sedikit sebanyak ia membantutkan niatnya untuk melancarkan lagu baharu.

Walau bagaimanapun, beliau berazam akan memberi komitmen sepenuhnya bagi menghasilkan karya yang terbaik disebabkan sudah lama tidak mengeluarkan lagu baharu.

Dafi dan kakaknya

Selain bergelar seorang penyanyi, bekas peserta Akademi Fantasi musim ke-5 itu juga merupakan salah seorang pelakon dalam filem Ada Hantu yang kini sedang ditayangkan di Disney+Hotstar arahan Hairul Azreen dan diterbitkan oleh Adrian Teh.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas