Nama pelakon Emma Maembong dan adiknya Chacha juga dipetik Ruhainies antara yang mengutuk Bella Astillah. Namun, perkara itu dinafikan Emma dan Chacha sendiri.
Pelakon kelahiran Terengganu ni siap mesej Ruhainies bertanya mengapa namanya terlibat sedangkan tidak pernah komen apa-apa.
Kata Chacha, dia tak rapat pun dengan Ruhainies dan tidak pernah menjaga tepi kain orang. Jadi apa yang ditulis Ruhainies dalam chat yang tersebar adalah fitnah.
Namun, Ruhainies dikatakan tidak menjawab pertanyaan sebaliknya berkata itu perkara lama. Katanya lagi, screenshot diambil tanpa pengetahuan Aliff.
Babe, ni minah tu ambil phone Aliff. Itu conversation between me and Aliff, i tak tahu pulak minah tu nak hack handphone dia macam tu. You faham tak? Itu kan benda lama yang hari tu kita video call tu after i cakap dengan Emma dengan you tu. Itu conversation I dengan Aliff, just two of us. Perempuan tu ambil handphone Aliff, dia letak something dalam air.
Chacha masih tak berpuas hati menegaskan dia tidak ambil ‘port’ pun dan kini namanya sudah buruk. Pelakon ini mahu Ruhainies membersihkan namanya kepada umum.