Oh! Artis

Bunga Citra Lestari Sah Nikah Lagi, Aishah Sinclair Jadi Pengiring Pengantin

Published on

Sah! Penyanyi terkenal dari Indonesia Bunga Citra Lestari telah selamat menjadi isteri kepada ahli perniagaan, Tiko Aryawardhana, petang tadi.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Bali itu dikawal ketat sejak pagi dan hanya dihadiri 100 tetamu.

BACA: “Dari BCLSinclair Ke Itsmebcl” – Bakal Nikah Esok, Netizen Sempat Sindir Isu Lot Kubur

Malah, penyanyi ini menempah semua bilik di resort itu untuk kegunaan sahabat dan ahli keluarga yang hadir.

Portal hiburan Indonesia melaporkan petugas media dilarang masuk dan membuat liputan mengenai majlis tersebut.

Meninjau ke Instagram, tular beberapa keping foto dan video menunjukkan sekitar majlis pernikahan tersebut.

Penyanyi ini dilihat sangat berseri dalam persalinan Jawa diiringi oleh adik kepada arwah suaminya, Ashraf Sinclair iaitu Aishah Sinclair.

Kredit: Instagram ahquote

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version