Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah dihujani komen berunsur lucah selepas tampil dalam satu video promosi jersi bersama beberapa pelajar lelaki.
BACA: Video Shuib Dan Watie Berbulan Madu Buat Segelintir Netizen Tinggalkan Komen Lucah
Dalam video itu, Bella dilihat duduk dikelilingi budak-budak muda membuat trend TikTok Shick Shack Shock.
Mereka hanya menggerakkan badan mengikut rentak muzik namun lain pula komen yang ditinggalkan netizen di platform itu.
Hal tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang seorang pengguna aplikasi X. Katanya, video ringkas itu hanya mempromosi baju tetapi ada juga lelaki berotak kuning!
Jelasnya lagi, content sebegini sepatutnya membantu pelajar universiti menjual jersi mereka tetapi lain pula yang jadi.
Kredit: X | TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.