Baru-baru ini, selebriti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad teruk dikecam selepas memuat naik video bergelut di hadapan Kaabah untuk membantu pasukannya mencium hajar aswad.
Tindakan itu turut mendapat perhatian bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan personaliti TV, Amin Idris.
Terbaru, penerbit terkenal, Erma Fatima tampil mempertahankan tindakan Hafiz Mahamad. Katanya, itulah hakikat yang perlu ditempuhi jemaah umrah untuk mencium hajar aswad.
Pelakon senior ini percaya Hafiz tak berniat untuk merakam content kerana dia sendiri pernah berada di situasi pempengaruh berkenaan.
Seperti yang dibuat Hafiz, Erma sanggup meredah orang ramai semata-mata untuk memastikan rakan-rakan dapat mencium hajar aswad.
Dia memahami ‘nikmat’ yang dirasai jemaah jika dapat menyempurnakan ibadah sunat itu. Erma positif berkata, hanya orang yang pernah melalui pengalaman itu sahaja mengerti apa yang cuba disampaikan Hafiz Mahamad.