Terbaru, tular di media sosial sisi kamera lain memaparkan Kak Lina menari sambil terbaring seperti tarian break dance.
Aksi itu dipercayai dibuat selepas sketsa dengan Rina Nose kononnya dia tersingkir daripada program itu.
Bagaimanapun, ramai warganet berpendapat kelakuan Kak Lina kali ini agak keterlaluan dan nampak seperti try hard untuk menjadi kelakar.
Malah, segelintir wanita mengakui berasa malu selepas menonton aksinya itu selain turut bersimpati dengan suami Kak Lina.
Tak kurang juga yang mempertahankan Elly Mazlein berkata tugas sebagai seorang penghibur bukannya mudah. Kadang-kadang dekat set je automatik in character kan?