Bob Lokman, 57 yang sebelum ini tidak stabil kerana mempunyai masalah jantung telah menjalani pembedahan laser di Hospital Sultanah Bahiyah Isnin lalu.
Menerusi laman Kosmo, Bob Lokman memberitahu bahawa dia perlu menjalani rawatan laser bagi menutupi jantung di bahagian atas yang sudah rosak.
Alhamdulillah, saya sihat. Doktor kata keadaan jantung saya kini stabil walaupun bengkak sedikit sebab buat laser dan akan pulih dua tiga hari lagi.
Doktor masih pantau keadaan saya, insya-Allah kalau keadaan semakin pulih dua tiga hari nanti, saya boleh keluar wad.
Bob Lokman menerangkan sebenarnya dia ke hospital untuk rawatan susulan, namun dia dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) kerana jantungnya bergerak laju dan tidak stabil.
Jantung tidak normal
Selepas membuat pemeriksaan, doktor mengatakan bahawa jantung Bob Lokman tidak normal dan mengesyorkan untuk membuat rawatan laser. Berdasarkan Kosmo, Bob Lokman mempunyai masalah jantung sejak 1998. Kini, Bob Lokman sudah stabil dan mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakannnya.
Semoga Allah beri ketabahan kepada Bob Lokman. Sama-sama kita terus mendoakan kesihatan Bob Lokman.