Oh! Artis

Berlaku Perbalahan Berpanjangan, Diana Danielle Fail Cerai, Farid Kamil Enggan Lafaz Talak

Published on

Pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle dikatakan sedang menghadapi masalah rumah tangga apabila Diana menfailkan cerai pada awal bulan ini.

Diana Danielle fail cerai?

Memetik laporan Utusan, Diana membuat permohonan itu dengan alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Pasangan itu juga dilaporkan kini tak lagi tinggal serumah. Namun ketika sebutan cerai dibacakan di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pagi ini, Farid enggan melafazkan cerai.

Mahkamah menetapkan sebutan semula pada 28 Mac dan pasangan itu diperintah menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version