Pasangan pengantin baru, Shuib dan Watie baru-baru ini telah terbang ke Pulau Langkawi untuk berbulan madu. Selepas pulang, Watie dilihat berkepit dengan anak-anak pula untuk melayani karenah mereka.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah berkata dia sudah bersedia dengan episod baru dalam hidupnya.
Bersama hantaran itu, Watie menyertakan foto sedang menikmati hidangan dengan Shuib dan anak-anak.
Di ruangan komen, netizen nampaknya dah mula nampak sisi penyayang yang ada pada Watie. Mereka mendoakan semoga Watie terus ikhlas menjaga anak-anak dengan baik.
Meninjau ke Instagram ibu tiri arwah Siti Sarah iaitu Makder, anak-anak dilihat tak berenggang dengan mommy baru yang rajin melayani mereka. Semoga bahagia selalu!