Terbaru, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail mendakwa penjelasan bekas menantu adalah tidak benar.
Chef Wan selar kenyataan bekas menantu
Ujar cef selebriti berusia 65 tahun itu lagi, dia mempunyai saksi yang ikut sama membantunya menguruskan majlis kahwin dan membayarnya dengan wang sendiri.
Wow cepat sungguh kau lupa jasa-jasa aku kawinkan kau orang atas hasil penat lelah aku bekerja lepas tu mengaku openly konon di FITNAH?
Kita miskin juga asal dari sampah sarap tapi mak bapak kita tidak ajar kita kurang ajar dengan orang tua-tua apa lagi to bite the hand that once feed you and your family.
Katanya lagi, anak sendiri mengaku tidak mempunyai duit untuk berkahwin jadi dia mengambil keputusan untuk menguruskan semuanya.
Chef Wan berkata dia akan membuktikan bahawa dia tidak menfitnah.