Oh! Artis

“Beng*ng Betul Tak Boleh Lekat Kat UK” – Leona Balik Malaysia Semata Nak Pergi Bazar Ramadan

Published on

Pelakon terkenal, Azhar Sulaiman ‘pening’ dengan karenah anak perempuannya, Kaseh Iris Leona yang balik ke Malaysia semata-mata mahu berbuka puasa bersama keluarga.

Ketika ditanya tujuan balik ke rumah, Leona yang kini sedang menyambung pengajian di United Kingdom (UK) berkata, dia mahu ke bazar Ramadan dengan menaiki motosikal.

Balik sebab nak buka puasa, pergi bazar

@theazharsulaiman

Mek Leona is back at home! Bengong betul takleh lekat kat UK…

♬ original sound – AzharSulaiman

Azhar menggeleng kepala kerana sejak berangkat ke luar negara, anaknya itu sudah beberapa kali pulang ke rumah.

Di ruangan komen, netizen terkejut kerana penerbangan pergi dan balik ke UK bukanlah murah. Memang patutlah bapaknya geleng kepala kan?

Kredit: TikTok Azhar Sulaiman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version