Pelakon Bella Astillah mengatakan kepada Aliff beliau tetap akan mengizinkan suaminya berjumpa dengan anak-anak walaupun sudah bercerai.
Bella juga memaklumkan anak-anak tidak bermain telefon, jadi isu ini tidak memberi kesan kepada mereka. Jika anak bertanya, Bella akan bagi alasan ayahnya sedang bekerja.
Diorang (anak-anak) tidak akan terkesan apa-apa. Bella sentiasa bagi alasan yang macam daddy work. Diorang pun tak main phone.
Bella cakap dengan Aliff awak sentiasa boleh jumpa anak-anak. Saya takkan tetapkan apa-apa syarat untuk berjumpa anak-anak.
Bella juga kelihatan sebak semasa menjawab soalan daripada wartawan. Semoga Bella sentiasa kuat bersama anak-anak.