Oh! Artis

Bella Astillah Sepatutnya Ada Berlakon Dengan Ruhainies Tapi Ini Yang Berlaku

Published on

Disebabkan isu panas yang berlaku, pelakon jelita Bella Astillah membuat keputusan untuk menarik diri daripada meneruskan penggambaran drama yang dijadualkan bersama pelakon, Ruhainies.

Mereka sepatutnya bakal bergandingan dalam drama bertajut ‘Terjerat’ terbitan OrangeTree Production untuk platform iQIYI.

BACA: “Kita Semua Ada Kelemahan” – Hantaran Adik Aliff Aziz Undang Perhatian

Bella turut menjelaskan hasratnya untuk menarik diri itu telahpun mendapat kebenaran dari penerbit drama iaitu Datuk Seri Jaspal.

Sebelum keputusan ini dibuat, saya bertemu dengan beliau terlebih dahulu. Beliau memahami situasi saya dan menerima keputusan yang saya pilih.

Dalam satu perkongsian di Instagram pula, Bella mengucapkan terima kasih kepada pasukan drama yang terlibat kerana memahami situasi yang dialaminya.

Kredit: Instagram

Exit mobile version