Oh! Artis

Bella Astillah Dapat ‘Offer’ 3 Drama, Ruhainies Digugurkan

Published on

Penerbit drama, Datuk A. Aida mengambil langkah drastik apabila menggugurkan nama pelakon yang ditangkap khalwat, Ruhainies untuk drama terbaru di bawah syarikatnya.

Saya tak sangka dia tergamak buat begitu. Apa yang saya tahu Ruhainies dan Bella kawan baik, tapi dalam diam-diam rupanya ada hubungan dengan Aliff.

Sebab itu saya ‘black list’ nama Ruhainies. Saya buang nama dia dalam senarai pelakon drama terbaru saya yang bakal memulakan penggambaran April nanti.

Selepas blacklist nama Ruhainies, A.Aida terus memberikan tawaran 3 skrip drama kepada Bella Astillah termasuk menandatangani kontrak di bawah syarikatnya.

Selepas saya buang nama Ruhainies kami ada berbincang bersama pasukan produksi dan kami terus terfikir tentang Bella. Saya sendiri yang hubungi Bella dan beri tawaran berlakon.

Bukan satu, tapi tiga skrip saya berikan sekaligus. Saya juga membuka peluang buat Bella untuk terlibat dalam program saluran Salam HD milik saya.

Selain Ruhainies, mana-mana pelakon yang membuat masalah pasti tidak akan diambil berlakon di bawah syarikat A. Aida sendiri.

Bella Astillah akan memulakan penggambaran 3 drama pada tahun ini antaranya Elham Untuk Niam, Matahariku dan Move On Romeo.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version