Menerusi temubual bersama mStar, Amell mendakwa dia telah menjadi mangsa perbuatan pelakon itu.
Kata Amell lagi, tujuan dia mendedahkan video di TikTok kerana tidak mahu orang lain turut terkena sepertinya.
Selama ini dia banyak berdiam kerana telah menganggap pelakon itu seperti ibunya sendiri, ujarnya.
Selama ini saya banyak simpan rahsia dia walaupun pernah dimaki hamun ketika di set penggambaran.
Menurut Amell, dia telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Balai Polis Teluk Intan pada malam Sabtu berhubung dakwaan pelakon itu telah mengambil wangnya.
Lebih mengecewakan, baru-baru ini ketika berjumpa dengan ibu kandung saya, Mak Wan buat cerita kononnya saya mengambil duitnya sebanyak RM20,000.
Sebaliknya dakwa Amell, pelakon itu yang mengambil wangnya dan dia mempunyai bukti.
Dalam masa terdekat ini, dia juga akan buat satu laporan polis di Ampang mengenai kehilangan barang kemasnya pula.
Setakat ini, pendedahan yang dibuat Amell di TikTok telah mendapat lebih 2 juta tontotan selepas lebih 8 jam dimuat naik.
Kita tunggu respon balas daripada Mak Wan pula berkaitan isu ini.