Berita perkahwinannya diketahui selepas tersebar gambar menunjukkan beliau bersanding di atas pelamin. Gambar itu dikongsikan seorang pengguna Facebook dengan nama Mohammad Izzat Hassan yang juga merupakan adik beliau.
Syukur Alhamdulillah dan tahniah, Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim. Anda sentiasa menjadi idola, penasihat, pemimpin dan abang kepada saya.
Selamat datang Kak Long Qistina dalam keluarga kami. Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke Jannah. – Tulisnya.
Majlis perkahwinan itu dikhabarkan berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor pada Sabtu malam lepas.
Untuk pengetahuan korang, Musa baru sahaja berpisah dengan isterinya, Elly Afizahwati Abdul Jalil pada 30 Mac lalu.