Selepas umum bercinta, pasangan Gegar Vaganza musim 9 Fuad Rahman dan Tom menerima kritikan ramai ekoran Fuad diketahui berstatus suami orang. Ada yang mendakwa Tom menjadi punca perpisahan Fuad Rahman dan bekas isterinya.
Tapi, Fuad menafikan dakwaan itu menyatakan dia dan bekas isteri memang ada masalah, kini mereka dalam proses bercerai.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan netizen berkenaan pasangan sedang hangat bercinta itu. Menurut netizen, pasangan itu sangat serasi kerana masing-masing mempunyai minat yang sama.
Ada juga netizen memetik bekas sendiri menyatakan dia membuat keputusan yang betul apabila berpisah dengan penyanyi berasal dari Singapura itu.