Connect with us

Oh! Media

beego

Oh! Artis

“Saya Terkejut…” – Beego Dedah Tak Terima Notis Cerai

Pelakon Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 45, mengaku terkejut dengan tindakan isterinya, Linda Hashim, yang memfailkan penceraian terhadapnya.

Menurut Beego, dia langsung tidak menerima sebarang notis dari mahkamah berkaitan perkara itu. Namun, dia mengakui hubungan mereka sudah lama berantakan dan Linda keluar dari rumah sejak Oktober tahun lalu.

IKLAN

Saya agak terkejut juga mendengar berita ini (fail penceraian) kerana saya tidak mendapat apa-apa notis atau tuntutan dari mahkamah.- Kata Beego.

Beego menjelaskan, pertengkaran antara mereka memang berlaku dan Linda bersama anak-anak sudah tidak tinggal sebumbung dengannya sejak 11 Oktober 2023.

Beego cuba beri isteri ruang dan pujuk tetapi gagal…

Malah, dia cuba memberi ruang kepada Linda untuk menenangkan diri dan berharap isterinya akan kembali ke rumah, namun selepas empat bulan, perkara itu masih tidak berlaku.

Dalam usahanya menyelamatkan rumah tangga, Beego cuba memujuk Linda untuk kembali, namun segala usaha menemui jalan buntu.

Isteri turut sekat Beego di semua platform media sosial…

Lebih menyedihkan, dia mendakwa telah disekat oleh Linda di semua platform komunikasi, menyebabkan dia hanya dapat berhubung dengan anak-anak mereka sahaja.

Saya dah cuba pujuk dia balik ke rumah tapi dia masih berkeras. Dia juga telah memutuskan segala bentuk komunikasi dengan saya.- Katanya lagi.

Meskipun rumah tangga mereka diuji, Beego mengakui masih menyayangi Linda serta anak-anak mereka. Dia berharap ada jalan penyelesaian yang baik tanpa sebarang implikasi negatif terhadap keluarga mereka.

Saya masih sayangkan dia dan anak-anak. Masalah ini tidak baik untuk semua pihak. Mungkin dengan cara ini, kami boleh kembali berdamai.- Luahnya.

Sementara itu, peguam Linda, Nurul Fadzilah Kamaluddin, mengesahkan aktres itu telah memfailkan penceraian atas alasan tiada lagi persefahaman pada awal Januari lalu.

Beego dan Linda pernah bercerai sebelum ini…

Menurut Linda, dia sudah berkali-kali memberi peluang kepada suaminya, namun merasa peluang itu tidak dihargai.

Untuk rekod, mereka pernah bercerai pada Mac 2023, tetapi kembali rujuk pada April tahun yang sama sebelum dikatakan berpisah sekali lagi. Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

#ApaKataOhmedia

Tak apa sangat pun yang Ohmedia dapat kata sebab hal dalam kain ni, kita orang luar memang tak layak langsung untuk bersuara. Apa yang kita dapat buat? Doakan sahaja yang terbaik buat mereka agar diberikan jalan keluar yang jelas olehNya.

beego

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas