Oh! Artis

“Beauty With Brain” – Lama Menyepi, Fatiya Latiff Rupanya Dah Jadi Peguam

Published on

Lama menyepi daripada dunia lakonan, pelakon jelita Fatiya Latiff menerusi satu hantaran Instagram memaklumkan beliau kini bergelar seorang peguam.

BACA: Tampil Dengan Penampilan Baru, Fathia Latiff Akui Buat Rawatan Estetik

Dalam hantaran itu, Fatiya memuat naik foto bersama fail kes di bilik pejabat sebuah firma guaman bertempat di Petaling Jaya Selangor.

Untuk makluman, pelakon yang popular menerusi drama Arianna Rose mempunyai kelulusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Memang bijak dan berbakat besar!

Di ruangan komen perkongsian, rakan artis dan pengikut media sosial mendoakan beliau berjaya dalam bidang yang diceburi.

Mereka gembira melihat kehidupan wanita jelita ini kini meskipun terpalit pelbagai kontroversi panas sebelum ini.

Difahamkan, Nur Fathia Abdull Latiff memang datang daripada keluarga terpelajar di mana adiknya merupakan seorang doktor.

Kredit: Instagram Fatiya Latiff

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media


Exit mobile version