Oh! Artis

Bayar Zakat Lebih RM1 Juta, Netizen Kata Aeril Zafrel Menunjuk.. Ini Pula Respon PU Amin

Published on

Pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menerima pujian ramai selepas berkongsi video membayar zakat dikatakan berjumlah lebih RM1 juta.

Dalam rakaman itu, Aeril dilihat melafazkan akad membayar zakat bersaksikan isterinya di belakang. Walaupun pasangan ini tak mendedahkan jumlah sebenar, netizen ‘tajam’ mata melihat jumlah yang dikira di kalkulator.

Kejayaan usahawan Muslim ini dalam perniagaan sehingga mengeluarkan zakat yang besar mendapat respon positif orang ramai.

Tetapi, ada juga segelintir netizen yang meninggalkan komen negatif mengatakan pasangan ini menunjuk-nunjuk.

Di ruangan komen, pendakwah bebas PU Amin menjelaskan pembayaran zakat sememangnya harus diuar-uarkan kepada umum. Jadi apa yang Aeril dan Wawa buat tu tak salah la kan?

Penjelasan PU Amin ternyata mengundang perhatian di mana ada dalam kalangan netizen tak tahu rupa-rupanya zakat harus dihebahkan. Tak mustahillah usahawan Datuk Aliff Syukri pun selalu ‘update’ video bila zakat dibayar.

Alhamdulilah, ramai yang tumpang seronok melihat kejayaan umat Islam dalam perniagaan. Untung berjuta-juta yang diperolehi turut menjadi rezeki buat golongan fakir dan asnaf memerlukan.

Terdahulu, pelakon Aeril Zafrel bertindak menjual kereta mewah, Lamborghini berwarna kuning kerana jarang digunakan. Sebahagian wang daripada jualan kereta itu akan disalurkan kepada Palestin.

BACA: Aeril Zafrel Jual Lamborghini Aventador Sebab Jarang Pakai, Derma Sebahagian Kepada P4lestin

Kredit: Instagram Aeril Zafrel

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version