Oh! Artis

“Barai Freehair Terus” – Masya Masyitah Akhirnya ‘Up’ Foto Tudung Terbang

Published on

Sebelum ini, penyanyi Masya Masyitah pernah mencetuskan kontroversi gara-gara berpakaian yang dianggap tak ‘kena’ dengan imej bertudung.

Ini susulan foto penyanyi berusia 23 tahun tersebut mengenakan pakaian hitam dengan skirt pendek, but tinggi dan legging jarang.

BACA: Masya Masyitah Tarik Perhatian Lagi Dengan Pemakaian Tudung Tapi Legging Jarang Nampak Peha

Terbaru, penyanyi itu sekali lagi menjadi bualan ramai selepas memuat naik beberapa keping foto tidak berhijab di media sosialnya.

Dalam satu hantaran Instagram, Masya dilihat bergambar di hadapan sebuah kereta dengan persalinan serba merah jambu.

Your mind has to be stronger than your feelings.

Malah, rambutnya juga diwarnakan merah jambu membuatkan netizen terkejut. Foto profil Instagramnya juga menunjukkan dirinya tak berhijab.

Di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa sedih dengan perubahan penyanyi ini. Mereka mengkritik tindakan Masya yang dikatakan terlalu mengikut hawa nafsu.

Kredit: Instagram Masya Masyitah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version